Jumaat, 14 Disember 2012

Salam Rindu

Salam Rindu

Salam rindu Sayang!
andai sayang membaca catatan ini
Mengertilah Sayang!
aku sangat merinduimu

Namun di manakah dikau berada
kita belum jua bersua
rela kunantikan dirimu sepanjang usia 
tanpa rasa jemu
penuh dengan rasa cinta .

insan perindu
14.12.2012

Kekasih Mimpi

Kekasih Mimpi
 
Aku ingin miliki kekasih
andai aku miliki kekasih
hingga ke hujung hayatku
aku mahu mencintai dirimu

namun aku terus berilusi
berteman mimpi bagai pelangi
datang dan pergi ...

insan perindu
14.12.2012